Segala syukur dan puji pujian kepada Allah Tuhan semesta alam.
Syukur, masih diberi peluang untuk bernafas..
.
.
Apa kabo kawan - kawan :) ? harap semuanya baik- baik belaka.
Pagi - pagi buta ni, sebelum buat kerja suri rumah,
saje lah nak update something yang rasa boleh kite kongsi bersama :)
.
.
Yelah, semalam nak tidur, asyik teringat- ingat je nak update pasal benda ni :)
Okay, pagi ini jom kite kongsi pasal PENGORBANAN. :)
.
.
.
.
Pengorbanan. Nampak macam senang kan. Tapi nak laksanakannya, Masya Allah..
Payah bukan ? pengorbanan bukan sesuatu yang senang.
Tak percaya ? okay. Katakanlah kita sedang makan something yang kita dah lama mahukan,
Tapi tiba-tiba ada orang minta, tak kisah lah adik kita ke, kawan ke, sanggup tak kita bagi ?
sanggup tak ? atau dalam situasi yang lebih jauh hebat lagi yang mana situasi tersebut
melibatkan pengorbanan seseorang yang bergelar wira ke wirawati (ada ke ) ke... :)
Ramai orang tak mahu berkorban takut diri terkorban. Melainkan,
orang-orang yang tinggi imannya hanya mampu berkorban dengan sebenar-benar
pengorbanan. kan. kan ? Pengorbanan ni termasuklah berkorban harta,masa, tenaga. kan ?
.
.
.
Mari saya bawa anda satu kisah yang mana ianya melibatkan satu pengorbanan yang
sangat besar :)
.
.
.
Nabi Ibrahim sendiri apabila diperintahkan supaya menyembelih anaknya ( Nabi Ismail ),
hati merasakan sungguh berat untuk berbuat demikian. Kita bayangkan,
anak yang begitu disayangi, perlu disembelih dengan tangan sendiri. Tapi,
dengan iman yang tinggi dan keyakinan yang teguh, Allah diletakkan ditempat yang tinggi.
Sehingga tiada yang layak diutamakan selain DIA.
.
.
Kerana kepatuhan Nabi Ibrahim dan kesanggupan anaknya Nabi Ismail, Allah telah
memberikan balasan yang sebaiknya buat mereka. Nabi Ismail tidak disembelih,
malah digantikan dengan seekor 'kibasy' untuk dikorbankan. Begitulah tingginya
keimanan mereka sehingga membawa hati menjadi ikhlas untuk berkorban.
*semoga dengan secalit peringatan ini kita sama-sama mendapat manfaat dan kebaikannya.
0 comments:
Post a Comment