BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 16, 2011

: IKHLAS ITU INDAH

                        Assalamualaikum semua ^^,


Ape kabo semua ?


Harap semua sihat - sihat belaka ye. erm,,


Harini sibuk sangat mengemas sampai nak online pun tak sempat,


Tak ada apa yang menarik pun, cuma nak share something,
.
.
Mungkin boleh kita fikirkan bersama :)


IKHLAS .


Semua orang tahu ikhlas tu ape kan ? 
Lagipun istilah ni sinonim sangat dalam kehidupan kita,
cumanya terpulang pada kita,
untuk terjemahkan ikhlas itu bagaimana. kan. kan.


Istilah ikhlas boleh dieertikan dengan 


" Melaksanakan taat semata - mata kerana Allah sendiriNya, bukan
dimaksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan.
Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau
menolak sesuatu bencana keduniaan "


Boleh faham kan semua :)


Ikhlas, memang susah nak buat kan.


Pernah tak kita tak ikhlas dengan orang ?


Atau, pernah tak orang tak ikhlas dengan kita?

Sebenarnya, kita boleh nampak kan orang 


tu ikhlas dengan kita atau tak. Betul tak ?


Okay, let say la kalau kita mintak tolong orang


Then orang tu tolong, tapi muka dia tak senyum,


kita boleh rasa yang dia tu ikhlas ke tak kan ?


Hati pulak mesti tersentuh sikit kan bila


kita minta tolong orang, tapi orang tak buat betul- betul,


Jadinya, kita lah yang kene berubah dulu,


Biarlah tengah marah ke, tengah tak dek mood ke,


Tapi cuba untuk ikhlas, kita boleh. Tak ada yang mustahil :)


Yang utama ikhlas beribadah, jangan riak.


Ikhlas melakukan pertolongan, jangan mengharap balasan :)


Sini ada saya selitkan satu potongan hadis :)


Rasulullah SAW bersabda : '' Sesungguhnya Allah tidak
akan menerima amalan kecuali yang ikhlas dan dilakukan
demi mengharap wajahNya. '' ( HR. Nasa'i, dari Abu Umamah
al Bahili radhiyallahu'anhu. sanadnya hasan, dihasankan 
oleh al - Iraqi dalam Takhrij al - Ihya' ) 


Ye, memang kadang-kadang bila kita disuruh bukan tepat 
masanya. Contoh macam kita memang tak ada mood kan,
tambah pulak tengah pikir macam-macam, orang pulak
sibuk minta tolong. tak apa sayang, cuba ikhlaskan hati,
dan jangan lupa senyum sekali,baru nampak betul-
betul ikhlas, tak apa, tak dapat balasan didunia,
diakhirat itu pasti. kan Allah maha mengetahui :))








           " Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam,
           di atas batu yang hitam, di malam yang amat kelam,
                      ianya wujud tapi amat sukar dilihat :)) "