BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 15, 2011

: KITA MAMPU JADI TERBAIK ;)



" Aku ni jahatlah.. jahat sangat, aku pernah tipu orang, aku pernah buat maksiat,
aku penah mencuri, aku pernah sengaja tak solat sebab letih, aku pernah sentuh laki, 
aku pernah sentuh awek, aku pernah tak puasa,
aku pernah buat macam - macam yang korang tak pernah jangka,
aku pernah tunjuk aurat,
aku pernah derhaka pada orang yang patut aku taat, aku tak layak untuk jadi baik"


" Aku ni tak dek lah jahat sangat, tak dek lah baik sangat, tapi selalu sakitkan hati orang,
kadang - kadang aku rasa itu satu kemestian,
kadang - kadang aku rasa bila perli memerli itu tanda gurauan aku,
kadang - kadang aku tak pernah terfikir perasaan orang lain,
bila orang ajak kebaikan, susah je rasa hati nak buat "


" eleh, die tu macam lah baik sangat. tutup semua, tapi,
pernah jugak mengumpat, pernah jugak couple,
pernah je aku tengok die date,
same je macam orang biasa"


Okay, banyak kan keluhan- keluhan kita, banyak sangat perkara yang kita pandang negatif,
ye, tak semua orang perfect, tak semua orang sempurna,
tapi, sebenarnya, percaya atau tidak, kita semua mampu untuk berubah.
percayalah....
.
.
.
Tak ubah banyak, sedikit demi sedikit pun sudah beruntung :)
Iman masih ada. 
Fitrah manusia sukakan kebaikan :)
.
.
Biasalah kadang - kadang bila nak buat baik,
ada je halangan yang datang. pernah tak rasa ?
Yelah kita dulu jahat, tiba-tiba nak berubah. macam pelik ?
pedulikan mereka.. Allah kan ada :)
sentiasa menunggu taubat kita :)
Jangan pernah rasa rendah diri, kita yang patut ubah diri.
.
.


sahabat sayang semua,


Mengapa masih ungkit sejarah yang dulu ? luka yang pahit biarlah berlalu,
Kita masih punya waktu, masih diberi kesempatan . 
ya, masih.
Ayuh, sama - sama kita mulakan episod baru :)
.
.
Ye, saya akui, berbicara lebih mudah daripada melaksana,,
tapi, kan kalau kita tak berputus asa, pasti berjaya kan ?
Mahu dengan tidak sahaja :)
InsyaAllah, niat betul, usaha dengan betul, pasti ada jalannya.
Allah maha pengampun.
Biarlah kita kotor pada pandangan manusia, kita tidak pernah tahu apa pandanganNYA terhadap kita. 
Maka dengan itu, berusahalah . Kita pasti berjaya. InsyaALLAH..
Jom sama - sama kita berubah kepada yang baik. 















4 comments:

Anonymous said...

Berfikiran positif ! (^_^)

Anonymous said...

Berfikiran positif ! (^_^)

kuruskering said...

Ea sayang :)
amboi sampai dua kali post . hehe

Anonymous said...

nice information.......saya sukakanya...betul tue.manusia sentiasa merungut.mengeluh..mcm2kan...semuanya disebabkan akal yang gagal mengawal emosi untuk berfikir secara positif..:).walaubagaimana pun kita dimuka bumi ini adalah sebaik2 maklhluk ciptaan Allah SWT yang paling baik....kerana apa??? kerana adanya akal untuk berfikir secara rasional...:)..so,teruskan berkongsi maklumat yang bermanfaat dengan masyarakat diluar sana....insyaAllah......Moga Allah SWT merahmatimu...