BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 16, 2011

: IKHLAS ITU INDAH

                        Assalamualaikum semua ^^,


Ape kabo semua ?


Harap semua sihat - sihat belaka ye. erm,,


Harini sibuk sangat mengemas sampai nak online pun tak sempat,


Tak ada apa yang menarik pun, cuma nak share something,
.
.
Mungkin boleh kita fikirkan bersama :)


IKHLAS .


Semua orang tahu ikhlas tu ape kan ? 
Lagipun istilah ni sinonim sangat dalam kehidupan kita,
cumanya terpulang pada kita,
untuk terjemahkan ikhlas itu bagaimana. kan. kan.


Istilah ikhlas boleh dieertikan dengan 


" Melaksanakan taat semata - mata kerana Allah sendiriNya, bukan
dimaksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan.
Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau
menolak sesuatu bencana keduniaan "


Boleh faham kan semua :)


Ikhlas, memang susah nak buat kan.


Pernah tak kita tak ikhlas dengan orang ?


Atau, pernah tak orang tak ikhlas dengan kita?

Sebenarnya, kita boleh nampak kan orang 


tu ikhlas dengan kita atau tak. Betul tak ?


Okay, let say la kalau kita mintak tolong orang


Then orang tu tolong, tapi muka dia tak senyum,


kita boleh rasa yang dia tu ikhlas ke tak kan ?


Hati pulak mesti tersentuh sikit kan bila


kita minta tolong orang, tapi orang tak buat betul- betul,


Jadinya, kita lah yang kene berubah dulu,


Biarlah tengah marah ke, tengah tak dek mood ke,


Tapi cuba untuk ikhlas, kita boleh. Tak ada yang mustahil :)


Yang utama ikhlas beribadah, jangan riak.


Ikhlas melakukan pertolongan, jangan mengharap balasan :)


Sini ada saya selitkan satu potongan hadis :)


Rasulullah SAW bersabda : '' Sesungguhnya Allah tidak
akan menerima amalan kecuali yang ikhlas dan dilakukan
demi mengharap wajahNya. '' ( HR. Nasa'i, dari Abu Umamah
al Bahili radhiyallahu'anhu. sanadnya hasan, dihasankan 
oleh al - Iraqi dalam Takhrij al - Ihya' ) 


Ye, memang kadang-kadang bila kita disuruh bukan tepat 
masanya. Contoh macam kita memang tak ada mood kan,
tambah pulak tengah pikir macam-macam, orang pulak
sibuk minta tolong. tak apa sayang, cuba ikhlaskan hati,
dan jangan lupa senyum sekali,baru nampak betul-
betul ikhlas, tak apa, tak dapat balasan didunia,
diakhirat itu pasti. kan Allah maha mengetahui :))








           " Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam,
           di atas batu yang hitam, di malam yang amat kelam,
                      ianya wujud tapi amat sukar dilihat :)) " 



























2 comments:

bidadari sophie said...

:)
May Allah protects you, adik.

Anonymous said...

betul tue ,ikhlas kerana Allah SWT, membolehkan seseorang itu mendapat keberkatan dan pahala dariNYA..insyaAllah...ikhlaslah sepenuh hati dengan hati yang tenang dan senyumlah,mudah2an dengan senyuman dapat merawat hati yg terluka...insyaAllah.....bila lg ya nak berikan senyuman yang manis..(^__^)y...salam..