BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 16, 2011

: IKHLAS ITU INDAH

                        Assalamualaikum semua ^^,


Ape kabo semua ?


Harap semua sihat - sihat belaka ye. erm,,


Harini sibuk sangat mengemas sampai nak online pun tak sempat,


Tak ada apa yang menarik pun, cuma nak share something,
.
.
Mungkin boleh kita fikirkan bersama :)


IKHLAS .


Semua orang tahu ikhlas tu ape kan ? 
Lagipun istilah ni sinonim sangat dalam kehidupan kita,
cumanya terpulang pada kita,
untuk terjemahkan ikhlas itu bagaimana. kan. kan.


Istilah ikhlas boleh dieertikan dengan 


" Melaksanakan taat semata - mata kerana Allah sendiriNya, bukan
dimaksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan.
Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau
menolak sesuatu bencana keduniaan "


Boleh faham kan semua :)


Ikhlas, memang susah nak buat kan.


Pernah tak kita tak ikhlas dengan orang ?


Atau, pernah tak orang tak ikhlas dengan kita?

Sebenarnya, kita boleh nampak kan orang 


tu ikhlas dengan kita atau tak. Betul tak ?


Okay, let say la kalau kita mintak tolong orang


Then orang tu tolong, tapi muka dia tak senyum,


kita boleh rasa yang dia tu ikhlas ke tak kan ?


Hati pulak mesti tersentuh sikit kan bila


kita minta tolong orang, tapi orang tak buat betul- betul,


Jadinya, kita lah yang kene berubah dulu,


Biarlah tengah marah ke, tengah tak dek mood ke,


Tapi cuba untuk ikhlas, kita boleh. Tak ada yang mustahil :)


Yang utama ikhlas beribadah, jangan riak.


Ikhlas melakukan pertolongan, jangan mengharap balasan :)


Sini ada saya selitkan satu potongan hadis :)


Rasulullah SAW bersabda : '' Sesungguhnya Allah tidak
akan menerima amalan kecuali yang ikhlas dan dilakukan
demi mengharap wajahNya. '' ( HR. Nasa'i, dari Abu Umamah
al Bahili radhiyallahu'anhu. sanadnya hasan, dihasankan 
oleh al - Iraqi dalam Takhrij al - Ihya' ) 


Ye, memang kadang-kadang bila kita disuruh bukan tepat 
masanya. Contoh macam kita memang tak ada mood kan,
tambah pulak tengah pikir macam-macam, orang pulak
sibuk minta tolong. tak apa sayang, cuba ikhlaskan hati,
dan jangan lupa senyum sekali,baru nampak betul-
betul ikhlas, tak apa, tak dapat balasan didunia,
diakhirat itu pasti. kan Allah maha mengetahui :))








           " Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam,
           di atas batu yang hitam, di malam yang amat kelam,
                      ianya wujud tapi amat sukar dilihat :)) " 



























Tuesday, November 15, 2011

: BILA LAPAR

Erm, bila lapar je, mula lah mereka reka makanan yang sedap - sedap :) 
.
.
.


Selalu, ini yang terbayang bila perut lapar, hihi
.

.






                ABC special, selalu cari dekat area manjung .    
                      tapi tak pernah jumpa yang best :(







Chocolate Indulgence. 
Ni kat secret recipe. Memang sedap. Bila pergi, mesti bekenan kat kek ni je. 
Pernah kene marah dengan mak asyik order kek yang same =.=''






                               
                 Ni pulak tau fu fa. my pebret : ) sangat suka .





Ni lagi la. Pantang nampak. hihi





* Tu la antara yang selalu terlintas bila lapar :)
* Malas = Tak dapat apa - apa . HAHA



























: KITA MAMPU JADI TERBAIK ;)



" Aku ni jahatlah.. jahat sangat, aku pernah tipu orang, aku pernah buat maksiat,
aku penah mencuri, aku pernah sengaja tak solat sebab letih, aku pernah sentuh laki, 
aku pernah sentuh awek, aku pernah tak puasa,
aku pernah buat macam - macam yang korang tak pernah jangka,
aku pernah tunjuk aurat,
aku pernah derhaka pada orang yang patut aku taat, aku tak layak untuk jadi baik"


" Aku ni tak dek lah jahat sangat, tak dek lah baik sangat, tapi selalu sakitkan hati orang,
kadang - kadang aku rasa itu satu kemestian,
kadang - kadang aku rasa bila perli memerli itu tanda gurauan aku,
kadang - kadang aku tak pernah terfikir perasaan orang lain,
bila orang ajak kebaikan, susah je rasa hati nak buat "


" eleh, die tu macam lah baik sangat. tutup semua, tapi,
pernah jugak mengumpat, pernah jugak couple,
pernah je aku tengok die date,
same je macam orang biasa"


Okay, banyak kan keluhan- keluhan kita, banyak sangat perkara yang kita pandang negatif,
ye, tak semua orang perfect, tak semua orang sempurna,
tapi, sebenarnya, percaya atau tidak, kita semua mampu untuk berubah.
percayalah....
.
.
.
Tak ubah banyak, sedikit demi sedikit pun sudah beruntung :)
Iman masih ada. 
Fitrah manusia sukakan kebaikan :)
.
.
Biasalah kadang - kadang bila nak buat baik,
ada je halangan yang datang. pernah tak rasa ?
Yelah kita dulu jahat, tiba-tiba nak berubah. macam pelik ?
pedulikan mereka.. Allah kan ada :)
sentiasa menunggu taubat kita :)
Jangan pernah rasa rendah diri, kita yang patut ubah diri.
.
.


sahabat sayang semua,


Mengapa masih ungkit sejarah yang dulu ? luka yang pahit biarlah berlalu,
Kita masih punya waktu, masih diberi kesempatan . 
ya, masih.
Ayuh, sama - sama kita mulakan episod baru :)
.
.
Ye, saya akui, berbicara lebih mudah daripada melaksana,,
tapi, kan kalau kita tak berputus asa, pasti berjaya kan ?
Mahu dengan tidak sahaja :)
InsyaAllah, niat betul, usaha dengan betul, pasti ada jalannya.
Allah maha pengampun.
Biarlah kita kotor pada pandangan manusia, kita tidak pernah tahu apa pandanganNYA terhadap kita. 
Maka dengan itu, berusahalah . Kita pasti berjaya. InsyaALLAH..
Jom sama - sama kita berubah kepada yang baik. 















: PENGORBANAN

Segala syukur dan puji pujian kepada Allah Tuhan semesta alam.
Syukur, masih diberi peluang untuk bernafas..
.
.
Apa kabo kawan - kawan :) ? harap semuanya baik- baik belaka.
Pagi - pagi buta ni, sebelum buat kerja suri rumah,
saje lah nak update something yang rasa boleh kite kongsi bersama :)
.
.
Yelah, semalam nak tidur, asyik teringat- ingat je nak update pasal benda ni :)
Okay, pagi ini jom kite kongsi pasal PENGORBANAN. :)
.
.
.
.
Pengorbanan. Nampak macam senang kan. Tapi nak laksanakannya, Masya Allah..
Payah bukan ? pengorbanan bukan sesuatu yang senang. 
Tak percaya ? okay. Katakanlah kita sedang makan something yang kita dah lama mahukan,
Tapi tiba-tiba ada orang minta, tak kisah lah adik kita ke, kawan ke, sanggup tak kita bagi ?
sanggup tak ? atau dalam situasi yang lebih jauh hebat lagi yang mana situasi tersebut
melibatkan pengorbanan seseorang yang bergelar wira ke wirawati (ada ke ) ke... :)
Ramai orang tak mahu berkorban takut diri terkorban. Melainkan,
orang-orang yang tinggi imannya hanya mampu berkorban dengan sebenar-benar
pengorbanan. kan. kan ? Pengorbanan ni termasuklah berkorban harta,masa, tenaga. kan ?
.
.
.
Mari saya bawa anda satu kisah yang mana ianya melibatkan satu pengorbanan yang 
sangat besar :)

.
.
.
Nabi Ibrahim sendiri apabila diperintahkan supaya menyembelih anaknya ( Nabi Ismail ), 
hati merasakan sungguh berat untuk berbuat demikian. Kita bayangkan, 
anak yang begitu disayangi, perlu disembelih dengan tangan sendiri. Tapi, 
dengan iman yang tinggi dan keyakinan yang teguh, Allah diletakkan ditempat yang tinggi.
Sehingga tiada yang layak diutamakan selain DIA.
.
.
Kerana kepatuhan Nabi Ibrahim dan kesanggupan anaknya Nabi Ismail, Allah telah
memberikan balasan yang sebaiknya buat mereka. Nabi Ismail tidak disembelih,
malah digantikan dengan seekor 'kibasy' untuk dikorbankan. Begitulah tingginya
keimanan mereka sehingga membawa hati menjadi ikhlas untuk berkorban. 

Ye, memang kadang-kadang kita rasa kita mampu berkorban 
walaupun dalam hal yang remeh- temeh. 
Tapi, bila didatangkan situasi yang perlukan pengorbanan kita,
sanggupkah kita ? mampukah kita ?susah kan. 
kadang - kadang kita lebih mementingkan kehendak kita
lebih daripada orang yang memerlukan :)
Itulah manusia, tak lari dari kesilapan.
Jadi, marilah kita sama - sama, ada sifat berkorban atau mahu berkorban demi sesuatu yang baik. 
bukan yang tak baik tau. :)
Walaupun kadangkala kita tak nampak balasannya, tapi yakinlah,
Allah maha mengetahui,,,
kita tak dapat balasan didunia, diakhirat itu pasti :)
Ayuh sama-sama kita tanamkan sifat dalam diri,
sanggup berkorban demi masa depan yang cemerlang,
sanggup berkorban demi islam terbilang,
sanggup berkorban untuk menjadi hambaNYA yang gemilang :)
insyaALLAH... 

*semoga dengan secalit peringatan ini kita sama-sama mendapat manfaat dan kebaikannya.  





Monday, November 14, 2011

: BILA DIDUGA



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,,,
.
.
Bila malam je menjelma.. mulalah macam - macam bermain difikiran,,
tak kisah la idea ke, cerita ke, mahupun bayangan bayangan ... hehe * penakut
.
.
.
Sebenarnya tak dek ape yang menarik pun tau..sebenarnya nak cerita pasal lain,,
tapi tiba tiba muncul pasal lain. entahla, saya pun tak pasti penulisan itu khas untuk saya atau tidak,,
jujur saya katakan.. saya tak pernah menulis untuk membanggakan diri,, saya tak pernah menulis untuk
minta dipuji... sungguh :(
.

.
.
.
sangat terkilan andai itu yang anda mahu katakan pada saya.. atau mungkin hati ini yang terasa.. oh biarlah..
.
.
.
.
 dah tak sanggup untuk menaip, tak mampu untuk bertahan, air jernih mula turun. mungkin terlalu terasa..
insyaAllah, mungkin bukan untuk saya... 
.
.
.
ya Allah, andai ada hambaMu ini tersalah bicara kepada hambaMU yang lain, keampunan ku pohon...:(
.

.
.



Lantas, saya mula untuk bersabar, " bersangka baiklah dengan mereka, agar mudahlah juga mereka bersangka baik denganmu kelak. Maafkanlah kesalahan mereka, mudah mudahan Allah mudah mengampunkan. Simpanlah keaiban orang yang kamu ketahui, moga Allah kan terus memlihara keaibanmu yang tersembunyi. "


Allah,,, 





*cerita yang saya mahu kongsi bersama saya tunda :) janji :)

: HOBI DULU, KINI, SELAMANYA.



Dulu lepas je habis SPM, rajin gila kot baca cerpen-cerpen.
Tak kisah lah cerpen cinta ke, cerpen motivasi ke,
ape ape saje dari cerpen. Tapi, sekarang dah sibuk,
Mula sibuk dengan kerjaya, kerja rumah, Belajarnye lagi, komitmen lagi,
.
.
hurm... so bila ada je masa terluang.. mula lah mencari- cari cerpen.
Sebenarnya kan, tak kesah lah cerpen ke buku ke, tapi apa sahaja yang melibatkan pembacaan,
memang menguntungkan. Seriously, betul. Dengan pembacaan la pemikiran kite berbeza dengan orang lain. 
.
.
Tak percaya ? okay. contohlah. Kadang - kadang kite ditimpa musibah. atau sesuatu yang 
kita tak pernah jangka. kan. So, penerimaan sesuatu tu pun depends on kite punye pembacaan jugak tau.
kalau kita ni banyak membaca buku buku islamik, buku buku motivasi, sedikit sebanyak, hati kite rase  mampu untuk tempuh. betul tak ?
.
.
 selain tu jugak kan, kita boleh dapat tambah ilmu yang kita sendiri tak tahu. Contoh macam keburukan sesuatu benda yang selalu kite guna. macam 3 in 1 tu kan tak elok, banyak lah lagi kan. erm. so membaca jambatan ilmu . tak rugi kalau membaca. :) 






* Alhamdulillah, sekarang koleksi buku-buku dah mencapai target :)

: OLD KAWAN

salam sayang semua :)
Tengah sibuk-sibuk menaip, ternampak pulak kawan lama on chat,
ya Allah, rindu sangat pada dia...
hanya Allah sahaja yang tahu betapa beratnya rinduku padamu.
.
.
.
.
.
.
.
.


mulalah berbicara.... mulalah jejari pantas menaip..
dan...mulalah kenangan bersamanya terlintas difikiran..
erm. sayang.. bukan senang nak lupa kenangan bersama...
bukan senang nak cipta kenangan yang telah diabadikan bersama..
bukan senang nak mencari sahabat yang susah senang bersama..
bukan senang sayang..
Dengan keheningan malam ini,,
dengan kepekatan malam ini,,
Izinkan aku mencalit sedikit rasa bahagia,,
Izinkan aku mengulit memori yang kita cipta bersama...
.
.
.
.
.
sayang,, walaupun kita tidak bersama,
namun doaku untuk bersamamu tidak pernah ku lupa..
.
.

cukuplah dengan beberapa titisan air mata kerinduan buat masa ini,


salam sayang untukmu, sedikit pesanan buatmu yang jauh disana..



Allah janji,
" Tak diuji hamba di luar batas iman dan kekuatan." :)
Maka percayalah,
Takkan disaji laluan dengan ujian tanpa kemampuan.
Kerana biar seluruh dunia menyerah dan rebah,
Allah tak mahu kita kalah. ♥

Sunday, November 13, 2011

: HATI



Selalu hati lebih dekat dengan Allah saat hati diuji.
Selalu hati nak buat lebih kebaikan tika hati diusik dosa semalam.
Syukur, setidaknya hati masih hidup untuk terus dekat dengan kebaikan. :)







: EPISOD BARU


                  Baru mula buat blog. saje sesuka .
                tetibe nak rasa pengalaman baru
                                 hahahhaha.